PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

28/01/11

AKUR TAKDIR BAIK DAN BURUK

Salam hari Jumaat. 

Pagi nie saya nak muhasabah diri jap. Nak kongsi satu HADIS & FALSAFAH dari ruangan majalah NUR MEI 2010.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud : 
" Hendaklah kamu banyak melakukan perkara yang mendatangkan manfaat kepada diri kamu, mintalah pertolongan dengan ALLAH dan jangan mudah berasa lemah. Sekiranya bala menimpa kamu, maka janganlah kamu berkata :-

" Kalaulah aku lakukan begini, tentu tidak akan jadi begini"  tetapi katakanlah " ALLAH telah menentukannya dan setiap yang dikehendakinya akan berlaku". Disebabkan menggunakan perkataan 'KALAU' (dengan menolak takdir ALLAH pada apa yang telah berlaku) akan membuka peluang kepada syaitan (membisikkan kejahatan di dalam hatinya).
Hadis Riwayat Muslim
Kehidupan yang manusia lalui penuh dengan liku. Ada yang menyenangkan hati dan ada juga yang mendukacitakan hati. Namun itu semua sudah ditakdirkan sebagaimana yang tertulis di Lohmahfuz. ALLAH MAHA MENGETAHUI segala-galanya. Sebagai manusia kita harus beriman dengan Qada dan Qadar kerana tidak akan sempurna iman kita jika tidak menyakini.
P/S :  Renung-renungkanlah. Saya tak mahulah lagi guna perkataan kalau.

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails