PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

20/03/11

CINTA MASIH KUAT JIKA......

Salam hujung minggu. Semoga gembira bersama yang tersayang. Tengah wat pe tu?? Jom baca nie, dilaz nak kongsi sikit.
CINTA MASIH KUAT JIKA.....

Anda sentiasa rasa tenang setiap kali bersamanya, walaupun berada dalam tekanan. Apabila melihat saja wajahnya anda pasti rasa lega dan tersenyum.

Berpisah. Bile berpisah hati rasa tidak selesa dan ingin cepat bertemu. Sehari dirasakan seperti setahun lamanya. Inikan berhari-hari. Perpisahan walaupun sekejap cukup menyeksakan hati.

Tidur tiada dia di sisi. Inilah dikatakan kuasa cinta sejati. 

Layanannya pada anda tetap sama seperti ketika sedang hanyat bercinta dulu. Si dia tetap tidak berubah walau sedikit pun malah bertambah menyenangkan.

Saling mengingati tarikh-tarikh penting yang cukup bermakna buat kalian berdua. Bukan hanya tarikh penting tetapi saat-saat manis juga masih diingati. Itu tandanya betapa si dia menghargai kite dan benar-benar menyayangi kite sepenuh hatinya.

Masih kekal memanggil dengan panggilan manja walaupun anak sudah berderet-deret. Panggilan sayang tetap ada bukan memanggil dengan panggilan " oh bapaknya...oh emaknya".

Anda berdua tidak pernah merungut tentang penampilan masing-masing. Hati dan kelakuan tetap menerima si dia seadanya.

Sentiasa saling memuji. Pujian hendaklah ikhlas datang dari hati bukan hanya tipu semata untuk menjaga hati si dia.

Perkataan "I LOVE U" tidak pernah lekang dari bibir. Setiap hari pasti ucapan itu diluahkan.

Kekal mesra walau di mana pun berada. Tangan masih dipegang, pinggang masih dirangkul dan jalan masih dipimpin. Tidak malu melakukan begitu walau anak ada disisi.

Tiada rahsia di antara anda berdua. Semua diceritakan supaya ada kepercayaan antara satu sama lain.

Tidak pernah menyalahkan antara satu sama lain kerana masing-masing tahu tanggungjawab dan tugas.

Rumahtangga sentiasa aman dan ceria. Jarang sekali berlaku pertengkaran ataupun Perang Dunia.

P/S: Ada sebuah hadis menyebut bahawa " Apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua".

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails