PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

30/11/12

Kakak Sayang Adik

Salam Jumaat yang mulia.
 
Apa khabar semua? Dilaz harap kawan-kawan sihat. Hari nie hari ke-40 Dilaz berpantang. Maknanya tinggal 4 hari je lagi. Tak sabar rasanya. Dilaz nak cerita sikit tentang Qistina yang sekaramg dah jadi Kakak yang terlalu sayang pada Adiknya. 

Apa tak sayang, kalau member Dilaz datang rumah nak tengok baby, mesti Qistina tak bagi pegang. Dia takut orang ambil adik dia. Apa tak yer masa dulu baby dalam perut, ada member Dilaz yang sakat dia nak amik baby. Tu yang dia ingat sampai sekarang. Lagi pula masa Dilaz masuk Hospital nak bersalin, Qistina asyik tanya baby dah kuar ke?

Sekejap je anak Mama nie membesar kan. Tahun depan dah masuk Tadika.Qistina dalam sayang adik dia ada gak dia rasa cemburu. Yelah selama 4 tahun dia dimanjakan tetiba ada adik kecik.Kasih sayang dibahagi dua. Bile Qistina merajuk je kan, ayat yang dia selalu kata "Adik jangan kuar dulu. Duk dalam perut Mama je. Biar kakak je ada kat lua". Pas tu duk celah kerusi. Mama sayang anak-anak Mama ni. Dua-dua anak Mama.




Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails