PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

24/01/14

Renung-renungkanlah

Salam hari Jumaat
Dihari yang mulia ini Dilla nak sesuatu untuk semua. Petikan dari buku "Kerana-mu Aku Berubah" tulisan Ruhana Zaki.


Istimewa Ilmu


Ilmu mampu memberikan banyak kelebihan kepada pemiliknya melalui jaminan Allah sepertimana dalam firman-Nya: 
"Allah memberi hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu, maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak"    Surah Al-Bawarah: 269


Ilmu juga dapat meninggikan dan membezakan taraf dalam kalangan manusia.
Firman Allah yang bermaksud:
"Katakanlah adakah sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna" Surah Az-Zumar:9


Ilumu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan sesorang itu bertakwa dan mencintai Allah dan Rasul-Nya. Firman-Nya bermaksud:
"Sesungguhnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah daripada kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang yang berilmu"  Surah Faatir:28


P/S: Ilmu itu penting dalam kehidupan kite. Belajarlah selagi boleh. Selamat maju jaya


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails