PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

22/03/14

Baju sama-Iron Man

Assalammualaikum dan Selamat pagi semua.
 
Apa khabar? Dilla harap kawan-kawan semua sihat dan gembira di samping keluarga tercinta. Cuti sekolah pun sudah bermula. Mesti ada yang ambil kesempatan ini bawa anak-anak pergi bercuti. Siapa yang datang Melaka, boleh roger-roger Dilla. Rindu pula pada kampung halaman. Dulu masa zaman kanak-kanak, pantang cuti sekolah mesti ajak Abah pergi bercuti. Berkelah ke atau pergi mandi air terjun. Seronok sangat. Qistina pun dah pandai sekarang. Bile cuti je mulalah ajak pergi jalan-jalan.

Hari tu ajak Qistina teman pergi beli barang kat Mall. Sekali dia nampak baju Iron Man ni. Iyalah dia kan peminat setia Iron Man, pantang nampak mesti nak. Sayangkan anak, Dilla pun beli. Tengok gak kot ada saiz kecik untuk Danish, mujur ada. Itu yang dapat belikan mereka baju sama. Nampak Danish dah besar kan. Danish pun suka Iron Man.
 


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails