PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

31/03/14

Si Dara dan Teruna

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua

Hari Isnin yang indah. Janganlah jadikan Monday Blues, tapi jadikan setiap hari adalah hari-hari yang indah dan bahagia. Bile rasa stress lihatlah wajah-wajah yang tersayang dan paling penting ingat Allah sentiasa. Alhamdulillah syukur sangat masih diberi peluang oleh Allah untuk bernafas dan berpijak di bumi Allah. Terima kasih Ya Allah. Subhanallah...Alhamdulillah. 

Si Dara dan Teruna Dilla yang semakin membesar dan semakin bijak. Mereka adalah rezeki yang Allah beri yang amat bernilai dan berharga. Dilla amat menyayangi mereka. Mereka juga banyak mengajar Dilla erti kehidupan. Si Dara...Nur Qistina. Anak yang cantik dan bijak berkata-kata. Ada kalanya membuat hati ini geram dengan tingkah lakunya tetapi perlu muhasabah diri kenapa ia begitu. Si Teruna....Muhammad Danish. Anak yang sangat comel, suka tersenyum dan aktif. Terlalu cepat mengikut tingkah laku orang sekeliling. Perlu diawasi dan tidak boleh mendedahkannya kepada perkara yang tidak elok dilihat dan didengar.




 

Muka dah nak seiras. Iyalah satu acuan kan. Inilah penawar suka dan duka Dilla sekeluarga. Semoga mereka sentiasa jadi anak yang soleh dan solehah serta menjadi anak yang membanggakan keluarga. Ya Allah, murahkanlah rezeki mereka dan lindungi mereka daripada perkara-perkara keji dan hasutan syaitan. Terima kasih Ya Allah.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails