PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

21/05/14

Danish 1 tahun 7 bulan

Assalammualaikum semua.

Seminggu Dilla tak update blog ni. Mana menghilang??? Tak hilang mana, ada je kat sini. Sedang muhasabah diri ke arah yang lebih baik. Mencari ilham dan idea untuk memajukan bisnes dan mencapai semua impian kecil dan impian besar. Okey melalut pulak dah. Hari ini (21/5/2014) genap umur Danish 1 tahun 7 bulan. Alhamdulillah

Danish masih lagi menyusu susu ibu sepenuhnya secara ekslusif. Kuat makan, kuat minum, kuat main, manja, lasak, suka buat aksi comel dan kuat berjalan. Alhamdulillah Dilla rasa bertuah masih diberi peluang untuk menyusukan Danish. Susu pun banyak dan sentiasa cukup untuk Danish. Semoga niat untuk menyusukan Danish sehingga 2 tahun tercapai. In shaa Allah. Danish pun membesar dengan sihat dan aktif. Jarang demam, demam pun kekadang jap je sebab gigi nak tumbuh atau nak pandai sesuatu.

Gigi atas dah banyak, gigi bawah cuma 2 batang. Masih menunggu Danish bercakap (over lak Mama Danish ni). Pipi semakin bambam. Senyuman manis meleret dan buat siapa memandangnya jatuh hati.huhuhuhu

Inilah Danish......buah hati Dilla merangkap bodyguard sebab ke mana saja pergi pasti dia di sisi.
 

Semoga Danish membesar dengan sihat dan sentiasa dimurahkan rezeki dan diberi keberkatan umur. Amin


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails