PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

7/06/14

Selamat Hari Bapa

Assalammualaikum

Dilla nak ucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada semua bapa-bapa di seluruh dunia termasuk Abah Dilla dan suami tercinta, My Love. Bapa ni memang garang dan tegas, betul tak? Tapi pengorbanannya sangat besar dan tak terbalas dengan wang ringgit. Seorang bapa sanggup berkorban apa saja untuk kebahagiaan anaknya walaupun payah bagi bapa tersebut.

Dilla sangat bertuah dapat seorang bapa seperti Abah (gambar Abah tak de..Abah tak suka bergambar). Abah memang lain dari yang lain. Susah nak cari bapa macam Abah. Abah serba boleh. Abah pandai masak tau. Masakan dia memang sedap. Dilla paling suka Abah masak sup tulang. pehhhhh makan tak ingat dunia. Kalau Abah masak maggie pun sedap..special gitu. hehehehehe

Dilla juga bertuah dikurniakan seorang suami dan bapa kepada anak-anak Dilla yang sangat sempoi dan bertanggungjawab. My Love tak cerewet makan. Kalau makan nasi putih, telur goreng ngan kicap pun dia boleh makan. Sangat sayang pada anak-anak dan lebih utamakan anak dari Mama anak huhuhuhuhu. Tapi mestilah sayang Dilla lebih.
 




 Alhamdulillah syukur kepada Allah. Semoga Abah dan My Love sentiasa dimurahkan rezeki Allah dan dipanjangkan usia serta hidup lebih diberkati Allah. Sekali lagi Dilla nak ucapkan 

SELAMAT HARI BAPA

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails