PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

7/07/14

Keputusan Cutest Baby Contest

Selamat Hari Isnin dan Selamat Berpuasa

Macam mana puasa hari ini?? Sekejap je masa berlalu kan. Semoga Ramadhan kali ini lebih bak dari tahun lepas. InshaaALLAH. Okeylah tak nak panjang-panjang intro nak terus ke entri. Dilla baru nak update tentang keputusan Cutest Baby Contest yang Danish masuk hari itu. Dilla ada tulis entri KAT SINI.. 

Jika ikut masa call dari admin Mom & Baby final tu pada hari Ahad, tapi tetiba masa dapat email bertukar hari ke Sabtu. Sedih gak sebab My Love kerja hari Sabtu. Jadi Dilla terpaksa bawa Qistina dan Danish sendirian ke Expo tersebut. Tak banyak gambar boleh ambil sebab nak kena pantau 2 kanak-kanak riang ni. Orang jangan cakaplah punyalah ramai. Sampai ada yang hilang anak. Meh tengok gambar ni dulu.




Ini kat pentas utama yang Danish akan catwalk

 


Kami bertiga





Danish yang comel




Bergambar jap sementara tunggu result





Danish dan hadiahnya...seronok dia



Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan mereka berdua berkelakuan baik. Danish hanya dapat hadiah saguhati berupa hamper sumbangan dari Today Publishing. Dalam hamper tu ada produk Johnson's Baby dan mainan serta beg yang sangat comel. Walau Rezeki Danish hanya itu tetap bersyukur kepada Allah. Tak pe nanti Mama masukkan Danish contest lain pula ye.
 

 

4 ulasan:

syawalsimpsons berkata...

wahh danish dapat hadiah yee

Aty Fared berkata...

alhamdulillah..dapat saguhati pon hadiah besh jugak.. :)

Unknown berkata...

oklah tu yunk.. dapat gak hadiah.. tahniah baby comel

Kak FS berkata...

Terima kasih semua

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails