PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

9/01/15

Danish merajuk

Ini cerita semalam. Dilla kena bengkak susu (masuk ni dah 3 kali). Lepas balik dari Klinik Danish minta susu sebab nak tidur. Memang biasa sebelum nak tidur dia akan minum susu dulu. Dilla pun bancuhlah susu tepung letak dalam botol susu nak bagi Danish minum. Ya Allah dia punya menolak hanya Allah je tahu. Yang bijak tu Danish kata "tup..tup.." Dia suruh tutup botol susu tu sebab tak nak minum. Last-last dia tertido sebab merajuk tak dapat susu

Danish 2 tahun 3 bulan
 
Memang sedih tengok muka dia bila tak dapat minum susu. Dilla terpaksa sebab gigi dia tu bila menyusu rasa berbisa kat Cik B. Dilla bersyukur sebab niat nak fully breastfeed Danish sehingga 2 tahun berjaya. Ini dalam proses ceraikan susu badan dari Danish. Malam tadi beri gak Danish minum susu badan sikit. Danish tak suka susu tepung sebab rasanya kot. Kena try n error susu tepung mana yang dia suka la pasni. Tapi kalau susu fresh Dutch Lady Coklat tu laju lak minum

  Jom like Page Dilaz Family

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails