PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

21/10/16

Selamat hari lahir Danish (4 tahun)

21.10.12 - 21.10.2016

21.10.12......4 tahun yang lalu begitu perit untuk melahirkanmu. Banyak darah keluar sebelum kamu keluar. kembar darah. Tiada bilik di wad sebelum saat kamu lahir dan juga selepas kamu lahir. Sampai kebiruan kamu kesejukan menunggu untuk dihantar ke bilik sebab tiada bilik kosong di wad. 2 jam lebih menunggu baru ada bilik kosong itu pun selepas Papa asyik tanya dengan jururawat.

Apabila tiba masa bersalin, jururawat masih tak percaya kamu mahu lahir ke dunia sebab bukaan masih kecil. Alhamdulillah kamu selamat dilahirkan dan tiada komplikasi yang serius. Walau Mama dah banyak darah keluar sebelum kamu keluar, Mama kuat untuk melahirkanmu kerana tak sabar melihat kamu. Lahir jam 10.41 malam dengan berat 3.4 kg secara normal. 

Hari pertama Danish dilahirkan 

21.10.16..... Hari ini genap 4 tahun umur Danish. SELAMAT HARI LAHIR DANISH 🎂🍴🎊. 

Danish 4 tahun

Semoga Danish diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki Allah. Semoga Danish menjadi anak yang Soleh dan mendengar kata Mama dan Papa. Aamiin. Inilah intan payung Mama QD 😍



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails